message to readers

About Me

My photo
aku?? aku ni biasa je..simple n happy go lucky..kdg2 tu emo ckit kalo de hal yg boleh btkan aku serbut..kih3..jgn mrh ek pd sape2 yg aku penh tinggikan suara aku..soey k..jgn bw smp mati tau.. bermaaf-maafan lah sesama kita ek..hehe..

My Blog List

Nuffnang

Powered by Blogger.

...Visitor Counter...

Islamic Calendar

rank

8.31.2009

Buat hal lagi...haish...Sabar je la..

korang tau ape yang buat hal ?

Printer aku la !!!

huhu..tensen aku bila pikirkan balik..dari pukul 1 pm hinggalah pukul 4 pm..aku asyikla baiki printer aku yang dah berusia dekat 2 tahun dah tu...huhu...


mula-mula buat hal kat external ink, cek2 tgk ada kebocoran berlaku di tgh2 tiub external ink black...siap ada bulatan kecik lagi tu...bermain di dalam ink la aku..bukan dalam lumpur..huhu...

pastu pulak, lepas ink oke..tercabut pulak tali gear catridge..aduh..macam mana pulak nak pasang ni..kalau korang nak tahu, ini lah kali pertama aku godek printer..dsbbkan oleh ketensenan yang melampau..huhu...akhirnya, selesai jugak pasang tali gear tu..sbb aku pinjam printer ana as reference aku..haha..printer kami sama...mekasih na...

pastu pulak, dah selesai yang tu, problem dua2 catridge melekat pulak di tempat pemprosesan ink tu..aduh...siap berasap2 lagi * yana as saksi..xcaya tanya yana

bukan berasap je..bunyi yang kuat n getar berlaku dikala itu..huhu..problem ini xdapat disolve kan...aduh...boleh darah tinggi aku kalau hari2 macam ni...

at last, aku give up...aku decide nak pergi hantar kedai my10 je besok...hope xkena mahal sangat..paling2 x pon aku beli je printer baru * sorry ek printer lama..sapa suruh ko wat hal..padan muka..huh

sebab besok kami nak pergi beli barang2 raya...hehe..RAYA LAGI 19 hari lagi...yabedabedu...yippi.. :P

menu berbuka hari ni:

ayam bakar
mee rojak
air carrot susu
total RM 5.50

8.30.2009

Sambutan Kemerdekaan yang ke-52

 
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yg Ke-52
Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!
Semoga Negara KitaBertambah AMAN sentosa...

Sudah seminggu Ramadhan

Today, i berbuka puasa dengan murtabak ayam, ayam bakar, popia, dan jugak air oren. 

semua sekali RM 5.50..haish..

Pernah sekali tu aku beli daging rebus, RM1.00= 5 keping je..(dekut tul toke tu)
Tensen gak dibuatnyer..n pasni i takkan beli dah makanan digerai tersebut...:P

Today jugak, semua adik beradik aku, the whole family aku la ada di rumah, tensen aku bila aku sorang je yang xbalik..rindu rumah pulak rasanya...sob3...

My dad cakap adik aku si ameer tu dapat sport rim basikal baru, and dia pon apa lagi...pergilah tayang ke kawan2 dia...haha..*xpe, budak2..hehe

Tiada lagi persoalan

Hari ini, aku ada satu problem yang sangat confius untuk mendapatkan jawapan..

aku syer dengan tunangku, tapi masih juga ragu2...

aku ambil keputusan untuk bertanyakan pada sesorang yang pakar dan mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang masalah yang aku hadapi...

dan sekarang, aku telah mendapat jawapan yang tepat dan tiada lagi persoalan yang bermain2 di kotak pikiran ku..
terima kasih kerana sudi membantu ku untuk terus menjalani kehidupan ku sehari2an..terima kasih xterhingga di atas nasihat2 yang telah diberi...moga perubahan ini akan menjadikan diriku lebih baik dan lebih sempurna hendaknya...

amin ya rabbal a'lamin...



8.26.2009

Bulan Ramadhan yang mulia

RAMADHAN


8 amalan menyambut ramadhan :

Pertama: Menyediakan waktu untuk muhasabah diri.

Kedua: Memperbanyak istighfar dan taubat.

Ketiga: Melatih diri dan anak-anak dengan ibadah romadhan di bulan sya’ban.

Keempat: Memperbaiki hubungan dengan saudara dan keluarga.

Kelima: Menjalin silaturrahim dengan tetangga.

Keenam: Mempersiapkan bekal keperluan selama bulan ramadhan.

Ketujuh: Menghiasi rumah dengan ayat-ayat dan hadist-hadist berkenaaan dengan keutamaan puasa dan ucapan-ucapan menyambut ramadhan.

Kedelapan: Menambah ilmu dengan membaca buku-buku berkenaan dengan ramadhan.


AMALAN DI BULAN RAMADHAN

1. Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau Selamat menyambut Ramadhan.

2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk hari-hari.

3. Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.

4. Solat Tarawikh 20 rakaat.

5. Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.

6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dikejutkan bangun tepat jam 4.00 pagi.

7. Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (Solat Tahjud, Solat Taubat dan Solat Hajat)

8. Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur.

9. Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur.

10.Jangan tidur sesudah sahur.

11.Solat Subuh berjemaah di Masjid.

12.Tadarus pendek.

13.Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.

14.Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.

15.Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha.

16.Lakukan Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat pertama selepas Fatihah baca Surah Al Kautsar 7 kali dan rakaat kedua selepas Fatihah baca Surah Ikhlas 7 kali.

17.Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti jaga satu jam diwaktu sahur)

18.Solat Zuhur berjemaah.

19.Tadarus pendek.

20.Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang.

21.Solat Asar berjemaah di Masjid.

22.Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV yang melibatkan kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu amat mustajab.

23. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api atau dengan buah kurma atau buah tempatan.

24.Segera Solat Maghrib di Masjid.

25.Makan malam bersama keluarga.

26.Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh secara berjemaah.

KELEBIHAN-KELEBIHAN YANG LAIN

1. Menghadiri majlis ilmu setiap langkah di beri pahala ibadah sunah setahun.

2. Mengekali berjemaah diberi balasan dengan disediakan sebuah bandar khas di Syurga.

3. Membuat hubungan baik kepda kedua ibu bapa, Allah pandang dengan penuh kasih sayang.

4. Isteri taat kepada suami diberi pahala seperti pahala Asiah dan Mariam.

5. Sesiapa yang menyampaikan hajat saudaranya disampaikan 1000 hajatnya di akhirat.

Mengurangkan berat badan di dalam menjalani ibadah Ramadhan

1. Sebelum puasa timbang badan

2. Kawal berbuka puasa

3. Pastikan semakin lama menunaikan ibadah puasa akan semakin kurang berat badan

4. Elakan daripada makan berlebihan

RANCANG PENINGKATAN IBADAH RAMADHAN


1. Sepuluh hari yang pertama adakan muhasabah amalan.

2. Sepuluh hari yang kedua, pastikan keimanan bertambah kuat dan selaraskan dengan sempena Nuzul Quran.

3. Sepuluh hari yang ketiga kuatkan azam untuk beramal di malam Al Qadr :

i. Dengan melakukan Solat Maghrib,Isyak dan Tarawikh berjemaah.

ii. Atau ditambah dengan Solat Subuh berjemaah

iii. Duduk dengan air sembahyang dan baca Al-Quran, Ayat Kursi, Surah Al Baqarah terakhir (Amanarrasul), Surah Az-zalzalah, Suraah Al Kafirun, Surah al Ikhlas dan Surah Yasin.

iv. Bagi kaum ibu yang uzur, baca zikir.

v. Bangun pukul 1.00 pagi tunaikan Solat Sunat Wuduk, Solat Hajat, Solat Tasbih, Solat Taubat, Solat Istikarah.

vi. Jika sedang beramal, badan terasa sejuk dan terharu maka inilah tanda-tanda mendapat Lailatul Qadar.


SELAMAT TINGGAL RAMADHAN


i. Pastikan Tarawikh terakhir

ii. Ucapkan Selamat Tinggal Ramadhan dengan penuh terharu dan berdoa semoga dipertemukan sekali lagi dengan Ramadhan yang akan datang.

...Ramadhan Untukku...

Aku merinduimu
Kini kau kembali
Betapa girangnya hatiku
Menyambut kedatanganmu
Masih ku ingat tragedi lepas
Pemergianmu mengundang seribu kepiluan
Sebaknya dada melihat kau pergi
Aku menangis
Aku merintih
Tidak terdaya ku menghentikanmu
Dari pergi dariku
Andai diberi pilihan
Akanku mohon keberadaanmu di sisiku selamanya

Kini kau kembali
Membawa sejuta harapan
Menyinari diriku
Menerangi hatiku
Dengan keteguhan iman
Yang tiada bandingan
Kaulah harapanku
Kaulah peneguh imanku
Kaulah pengubat luka
Semoga diriku
Akan lebih berbahagia di bulanmu, RAMADHAN.........

8.25.2009

...Ramadhan yang mulia...


Salam ramadhan semua !!!!
sudah lama saya tidak mengepos entry ke blog ku yang hijau damai ini..hik3..

banyak cerita sebenarnya, cuma ntah la mengapa jari-jemariku ini tidak ada mood yang baik untuk menekan kekunci di keyboard laptopku yang comel ini..*poyo lagi minah ni..hehe..


oke2...yelah2..hamba sambung cerita kay...

first2 sekali i ni nak wish bufday buat rumate ku and sahabat ku yang sentiasa comel...

NUR LIYANA (24 ogos) & NIK NOOR AFIFAH HANANI ( 26 ogos) HEPY BUFDAY KORANG !!!!


aine doakan semoga korang dipanjang umur dan dimurahkan rezeki..

dan segeralah mencari pakwe..hik3...*tugas yang susah bak kata nik


&

SELAMAT BERPUASA
UNTUK KAWAN2 yg SETIA membaca blog saya..mekacih...

8.11.2009

...11 august 2009...first day kerja di fakulti...

salam...good morning readers..

pagi ini aku di terima bekerja di fakulti aku under Skim Pelajar Bekerja UMP..

setahu aku, sejam rm 4.00 gaji dia...okay la tu dari xada buat ape2 kat bilik...

nak di jadikan cerita, aku dah mintak kerja ni dari awal sem ritu lagi, week 1 masuk UMP.

then, aku sibuk la cari kak is ( pembantu tadbir FSKKP) bahagian akademik.

pastu, tak ada la pulak khabar berita, hingga lah 09 ogos 2009..

"Skim Pelajar Bekerja...Call Akak..Urgent 095++++++..."

begitu lah tajuk memo yang aku terima setelah aku pulang dari alor setar.

then, besoknyer aku call la kak is, ye la...hari yang aku dapat memo tu pon dah 5 oGos 2009..dah lambat berapa hari dah..

aku tau, ni mesti urgent punya kes, tapi aku pelik la, kenapa la kak is xcall handphone aku ek, hmmm...persoalan.....

tau sebab ape? kak is ada beritahu aku, sebabnyer, dia dah call aku banyak kali, tak tau la problem apa sampai dia xdapat contact aku..dia contact aku since 5 ogos lagi tau..maybe aku salah bagi number, or kak is salah save number aku, or memang telepon aku ade problem time tu. i don't know why...hmmm

"tapi, akak nak pakai 2 orang pembantu...aine boleh tolong carikan?" (kak is)
"boleh2..nanti aine bagtau kak is ek" (aku menjawab)
"ok. nanti memokan nama, ic, id, and number hp k. ASAP" (kak is)
"oke2..nanti aine memo" (aku menjawab lagi)

tangan tengah mencari nama U rohana cel

"na, ko nak keja kat fakulti x? kak is nak pakai 2 orang ni"
"keja apa..? boleh jugak"
"oke, nnt msg aku ic n id k..pasni ko msg trus tau !!"
"okay"

zup...message sampai dari ana...hehe

trus aku sent memo kat kak is semalam....

and hari ni, first day aku nak g kerja kat fakulti... entah la, nape la aku idam sangat nak keje kat fakulti ni..haha...y? i don't know..still searching for the answer...hehe

oke...dah 7.30 am..nak mandi and nak ready pergi fakulti..

bersambung entry yang akan datang kay?? hehe..

bangun2 !!!

orang tua2 cakap rezeki murah di awal pagi..hehe..

8.10.2009

...Tips untuk kurangkan atom2 h1n1...

kekawan, aku baru dapat tips untuk kurangkan atom2 h1n1...kawan aku forward dari YM

Salam.

Kalau hadapi simptom selesema,batuk,d
emam,sukar bernafas,pening kepala,sakit tekak mgkn anda H1N1.

Minum air susu & buah.

Mkn makanan yg dbuat drpd buah krn pihak kami telah menjalankn kajian bhw minuman segar mampu membersihkan atom2 H1N1.

Tlong forward kpd rakan2 utk kesihatan bersama.-
HOSPITAL SULTAN AMINAH JOHOR,,

Bersama mendoakan kesejahteraan ummah.. Amin..soalan2 lazim influenza A(H1N1)

http://www.fcubook.com/

1.Apakah yang anda perlu tahu berkaitan dengan jangkitan pernafasan?

Terdapat beberapa jenis jangkitan pernafasan yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat iaitu


Seasonal Flu / selesema bermusim/ influenza like illness (ILI)

i.Disebabkan oleh pelbagai jenis virus influenza yang telah sedia ada di dalam persekitaran
ii.Gejala utama adalah demam dan batuk atau sakit tekak serta hidung berair, hidung tersumbat, sakit otot, sakit kepala, menggigil (chills) dan keletihan. Gejala-gejala ini juga dikenali sebagai gejala influenza-like-illness (ILI)
iii.Kebiasaanya jangkitan ini sembuh dengan sendiri dalam tempoh dua minggu dan pesakit akan memperolehi imuniti terhadap jangkitan ini
iv.Jangkitan ini adalah lebih berbahaya jika ia berlaku dalam kalangan inidividu yang mempunyai penyakit sampingan yang lain seperti asthma, diabetes, penyakit paru-paru kronik , obesiti dan kegagalan organ.

Common Cold
i.Disebabkan oleh berbagai jenis virus
ii.Gejala utama adalah hidung tersumbat/hidung berair/bersin/sakit tekak/gatal tekak/batuk dan pesakit mungkin mengalami demam
iii.Gejala ini lebih ringan daripada seasonal flu dan biasanya pesakit sembuh dalam masa 3-10 hari
Pharyngitis / radang tekak
i.Kebiasaannya ia disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus di bahagian tekak
ii.Gejala utama adalah sakit tekak dan demam
iii.Kebiasaannya ia memerlukan rawatan antibiotik dan rawatan simptomatik seperti ubat demam/sakit tekak dan sebagainya
Pneumonia/ jangkitan paru-paru
i.Kebiasaanya ia disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus di dalam paru-paru
ii.Gejala utama adalah demam/batuk berkahak/sukar bernafas
iii.Pesakit perlu mendapat rawatan di hospital

2.Apakah itu penyakit Influenza A (H1N1)?
Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza A(H1N1).

Virus influenza ini adalah sejenis virus yang baru dan terhasil daripada reassortment (percampuran) genetik virus influenza babi, burung dan manusia.

Lagi...

3.Kenapa virus baru H1N1 ini sering dikaitkan dengan “swine flu” (selesema babi)?

Virus ini dikenali sebagai selesema babi (swine flu) kerana berdasarkan ujian awal makmal ia menunjukkan kebanyakan gen virus ini adalah sama seperti gen virus selesema babi yang berasal dari Amerika Utara.

Walau bagaimanapun kajian terperinci menunjukkan bahawa ia adalah sejenis virus baru yang berbeza dengan virus selesema babi sedia ada.

4.Negara mana yang dilanda penyakit ini?

Maklumat yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa kes yang terawal dijangkiti virus ini dilaporkan dari Mexico dan Amerika Syarikat pada April 2009 dan telah terus menular ke negara-negara lain.

Untuk maklumat terkini tentang negara-negara yang dilanda penyakit ini, sila rujuk laman web http://www.who.int/en

5.Apakah gejala virus ini?

Gejala jangkitan virus influenza A(H1N1) adalah serupa dengan gejala selesema bermusim (influenza-like-illness) termasuk demam; batuk, sakit tekak dan gejala lain seperti selesema, sakit badan, sakit kepala, badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga individu yang dijangkiti virus ini mengalami cirit-birit dan muntah.

6.Bagaimana kita boleh dijangkiti?

Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin.

Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan-permukaan (surfaces) atau tersebar ke udara. Seseorang boleh dijangkiti sama ada melalui pernafasan; melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.

7.Bolehkah saya dijangkiti virus H1N1 apabila memakan atau menyediakan babi?

Tidak. Virus H1N1 tidak berjangkit melalui makanan. Individu yang memakan babi atau produk babi tidak boleh dijangkiti oleh virus HIN1. Daging atau produk babi yang dikendalikan dan dimasak dengan betul (160°F/70°C) adalah selamat untuk dimakan.


8.Apa yang perlu saya lakukan jika saya mengesyaki dijangkiti penyakit ini?

Sekiranya anda berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema:

.Anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan elakkan berada di tempat kerja, sekolah atau tempat sesak
.Berehat dan meminum banyak air
.Tutup mulut dan hidung bila batuk dan selesema dan, jika menggunakan tisu, buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah. Bersihkan tangan segera dengan sabun dan air atau bersihkan dengan bahan cuci berasaskan alkohol
.Jika anda tidak mempunyai tisu ketika batuk atau bersin, tutup mulut dan hidung dengan dengan lengan dan siku anda
.Gunakan mask bagi mengelakkan titisan cecair tersebar kepada orang lain di sekeliling anda. Pastikan anda memakai mask dengan cara yang betul
.Maklumkan keluarga dan rakan mengenai masalah kesihatan yang anda alami dan elakkan berhubung rapat dengan orang lain
.Seboleh-bolehnya, hubungi pihak kesihatan sebelum ke kemudahan kesihatan bagi membincangkan samada pemeriksaan kesihatan diperlukan
.Jika perlu mendapatkan rawatan lanjut ataupun gejala bertambah teruk seperti demam dan batuk/sakit tekak yang berterusan hendaklah segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan

9.Berapa lamakah orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini?

Selagi mereka mempunyai gejala penyakit ini. Biasanya sehingga 7 hari dari tarikh mula mengalami gejala penyakit ini terutamanya semasa demam

Kanak-kanak boleh menyebarkan penyakit ini bagi tempoh yang lebih lama.

10.Bagaimana anda boleh mengurangkan penularan jangkitan ini?

Social distancing iaitu menjarakkan kedudukan sekurang-kurangnya 1 meter dengan individu lain serta meminimumkan majlis perjumpaan
Adab batuk yang baik (cough etiquette)
Kebersihan tangan dengan mencuci cara betul dan lebih kerap
Pengudaraan dalam rumah yang baik
Kes-kes yang berkomplikasi atau yang berisiko tinggi perlu dirawat di hospital. Pendekatan ini akan memastikan impak negatif penularan pandemik dapat diminimakan
Mereka yang bergejala ringan, serta tiada masalah kesihatan, digalakkan berehat di rumah dan hanya perlu ke klinik atau hospital apabila gejala menjadi lebih berat.
Kehadiran banyak kes bergejala ringan ke klinik boleh membebankan keupayaan klinik untuk merawat kes-kes yang berisiko yang sebenarnya perlu diberi perhatian utama
Mereka yang bergejala perlu memakai mask termasuk mereka yang berisiko tinggi seperti pesakit asthma, obesiti, ibu mengandung, diabetes, dan penyakit kronik paru-paru
Majikan dan institusi perlu memantau kehadiran pekerja mereka termasuk mereka yang tidak hadir bertugas kerana sakit
Kejadian kes bersimptom influenza perlu dilaporkan segera kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat

11.Adakah terdapat vaksin khusus untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1)?

Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1). Walau bagaimanapun usaha-usaha penghasilan vaksin ini sedang jalankan.

Vaksin sedia ada pada masa ini adalah vaksin influenza bermusim yang TIDAK memberi perlindungan daripada jangkitan influenza A(H1N1).

12.Terdapatkah ubat untuk merawat penyakit ini?

Buat masa ini terdapat dua jenis ubat antiviral iaitu oseltamivir (Tamiflu®) dan zanamivir (Relenza®) yang boleh digunakan untuk merawat penyakit ini. Ubat ini hanya diberikan kepada pesakit-pesakit yang dimasukkan ke hospital-hospital tertentu.

13.Bolehkah antiviral ini mencegah jangkitan influenza A(H1N1) ?

Tidak. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membeli ataupun mengambil antiviral ini bagi tujuan untuk mencegah jangkitan. Pengambilan antiviral yang berleluasa boleh mengakibatkan terjadinya resistan terhadap ubat tersebut. Ini akhirnya mengakibatkan ubat tersebut tidak lagi berkesan untuk merawat jangkitan influenza.

14.Bolehkah kita ke luar negara?

Buat masa ini, Kementerian Kesihatan menasihatkan kepada mana-mana individu yang ingin membuat perjalanan ke luar Negara terutamanya negara-negara yang terjejas supaya mengambil langkah-langkah pencegahan yang sesuai semasa berada di sana.

Sekiranya anda jatuh sakit sama ada semasa berada di luar Negara atau setelah kembali ke Malaysia, segera dapatkan rawatan doktor.

15.Kawan saya baru pulang dari salah sebuah Negara yang terjejas, adakah beliau boleh terus hadir ke tempat kerja atau dikenakan tindakan kuarantin. Apakah yang patut saya lakukan sebagai rakan sekerja?

Sebagai seorang warga kerja yang bertanggungjawab, seseorang yang baru pulang dari luar Negara dan sihat tidak dikenakan tindakan kuarantin tetapi beliau perlu memantau kesihatan diri terutamanya gejala demam/batuk/sakit tekak/selesema.

Sekiranya individu tersebut berasa tidak sihat, beliau hendaklah berehat di rumah sekurang-kurangnya dalam tempoh 3-4 hari atau sehingga beliau pulih.

Sementara itu pihak majikan perlu menasihati pekerja mereka yang mempunyai gejala influenza untuk tidak hadir bagi mencegah penularan penyakit ini berlaku di tempat kerja dan menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk.

Pihak majikan juga hendaklah melaporkan sebarang kejadian dalam kalangan pekerja bergejala influenza kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.

Mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (1994) majikan bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjanya. Dengan itu adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk membenarkan pekerja yang mengalami gejala-gejala influenza-like-illness untuk berehat di rumah sehingga pulih supaya pekerja lain tidak terdedah kepada jangkitan Influenza A(H1N1) ini. Pekerja yang mengalami gejala-gejala influenza- like-illness juga berkewajipan untuk berehat di rumah sehingga pulih supaya pekerja lain tidak terdedah kepada jangkitan Influenza A(H1N1) ini.

16.Anak saya belajar di salah sebuah institusi/ sekolah yang mempunyai kejadian influenza A(H1N1), apakah yang perlu saya lakukan?

Sekiranya institusi/sekolah ditutup untuk tempoh tertentu, anak tuan hendaklah sentiasa berada di rumah dan memantau kesihatan diri. Pada masa yang sama pihak sekolah tidak dibenarkan untuk mengadakan sebarang aktiviti di dalam tempoh penutupan tersebut

Jika anak tuan mempunyai gejala selesema (influenza-like-illness) yang ringan, beliau perlu sentiasa mengamalkan langkah pencegahan di rumah di samping memantau kesihatan diri menggunakan Panduan menilai tahap kesihatan diri di rumah. Sekiranya gejala berterusan dan bertambah teruk, anak tuan perlu mendapatkan rawatan doktor.

Sekiranya institusi/sekolah anak tuan tidak ditutup, beliau dinasihatkan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan jangkitan tersebut

17.Adakah sekolah yang ditutup perlu dibasmi kuman sebelum dibuka semula?

Tidak. Pada umumnya sekolah akan ditutup dalam tempoh seminggu. Perlu diketahui bahawa virus H1N1 ini hanya dapat bertahan di persekitaran dalam tempoh 48 jam.

18.Apakah yang dimaksudkan dengan penutupan sekolah?

Apabila sesebuah sekolah harian ditutup kerana jangkitan influenza A(H1N1), ia bermakna semua kakitangan termasuk guru dan lain-lain kakitangan sokongan serta pelajar dikehendaki untuk berada di rumah.

Ia bertujuan bagi mencegah penularan jangkitan dan seterusnya memastikan individu yang mengalami gejala-gejala influenza-like-illness untuk berehat di rumah sehingga pulih supaya orang lain tidak terdedah kepada jangkitan Influenza A(H1N1) ini.

19.Kalau seseorang pesakit positif H1N1 dan telah sembuh, adakah beliau boleh hadir ke tempat kerja seperti biasa?

Ya, beliau boleh hadir ke tempat kerja seperti biasa. Secara umumnya seseorang pesakit yang telah mendapat rawatan lengkap, tidak akan menjangkiti orang lain.

20.Bolehkah saya mendapatkan refund ticket sekiranya saya ingin membatalkan perjalanan ke Negara yang terjejas.

Sekiranya anda ingin membatalkan tiket penerbangan sila dapatkan pengesahan kesihatan daripada doktor yang berdekatan. Perlu diingatkan bahawa individu yang mempunyai penyakit sampingan yang lain mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jangkitan influenza A(H1N1) yang lebih teruk.

21.Apakah yang dimaksudkan dengan jangkitan manusia yang berterusan (sustained human to human transmission)?

Penularan jangkitan influenza A(H1N1) berlaku secara berterusan dalam kalangan manusia dan punca jangkitan tersebut tidak dapat dikenalpasti

22.Apakah yang dimaksudkan dengan Fasa Mitigasi

Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai.

Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama.

Lagi...

23.Berapa lama virus ini boleh hidup di atas permukaan objek? (seperti buku dan tombol pintu)?
Kajian menunjukkan virus influenza boleh bertahan pada permukaan objek dan menjangkiti orang antara tempoh 2 hingga ke 8 jam.

24.Apa yang boleh memusnahkan virus influenza?

Virus influenza boleh dimusnahkan dengan kepanasan [75-100°C]. Selain itu, bahan kimi pemusnah kuman, termasuk klorin, hirogen peroksida, bahan cuci (sabun), iodophors (antiseptik berasaskan iodin), dan alkohol adalah berkesan terhadap virus influenza, jika digunakan dengan sukatan dan tempoh masa yang betul. Sebagai contoh, bahan pengelap atau jel beralkohol boleh digunakan untuk membersihkan tangan. Jel ini perlu digosok pada tangan sehingga ia kering.

25.Apakah permukaan objek yang mudah menjadi punca jangkitan?

Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh objek yang dijangkiti kuman dan kemudiannya menyentuh mata, hidung atau mulut. Titisan cecair (batuk atau bersin) daripada individu yang dijangkiti tersebar melalui udara. Kuman boleh tersebar bila seseorang menyentuh titisan cecair pernafasan pesakit yang terlekat pada permukaan objek seperti meja, sebagai contoh, dan kemudiannya memegang mata, hidung atau mulut mereka sendiri sebelum membasuh tangan.

26.Adakah pekerja asing yang baru pulang daripada tanah air mereka perlu menjalani saringan atau pemeriksaan kesihatan?

Tidak. Pihak majikan perlu menasihatkan mereka untuk mengamalkan langkah pencegahan dan memaklumkan kepada majikan jika mengalami gejala influenza-like illness.

Bagi maklumat lanjut, sila hubungi Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03–8881 0200/0300 atau e-mel ke cprc@moh.gov.my

SUMBER:http://h1n1.moh.gov.my/SoalanLazim.php

...Week 5 UMP...starting of August...


minggu pertama dalam bulan ogos ni, UMP mengumumkan cuti khas selama seminggu...hooray..but.......cuti raya ditolak seminggu..aduh..tapi xpa..aku kan xde kelas, so boleh la aku ambil cuti panjang ckit.hehe....

tanggal 4 august 09, aku pulang ke kampung, macam biasa, aku naik flight guna voucher free ayah aku..hehe..pulang 09 august 09...aku sampai di rumah pukul 10 malam di alor setar. kak ke2 aku pergi ambil di epot.

sampai je bumi kedah, aku rindukan char ko teaw bandar darulaman...hehe..aku ajak la kak aku pergi makan...tapi....kat gerai yang aku pilih tu xberapa nak sedap macam dulu..maybe salah pilih kedai...xpa2..lain kali pergi kedai lain pulak ye....

aku dok rumah, buat ape je ek..? hmm...5 ogos aku balik la perlis...melalui shahab perdana di AS...kak aku otw g keje, terus hantar aku g terminal bas...pukul 9.30am bas pon jalan, dan sampai di kangar pukul 10 am..then aku msg la adik aku yang prktikal di kangar, nak makan sesama...pastu dia cakap pukul 11 baru boleh keluar rehat..oke, aku tunggu la dia sampai kul 11 am..huhu..
apa aku buat??


1. pergi beli wayar LAN kat kedai acer, 3 m RM7..mahal nyer la hai..huhu...
2. pergi pejabat pos hantar resume aku and ana ke LADA untuk mintak LI..
3. duduk la sorang2 di tempat duduk depan the store menunggu kehadiran adikku itu..perut pon tgh lapor..aduh...
4. dorang sampai je, trus pergi makan..nyum2..hehe..aku makan nasi putih, daging msk kicap n ulam ckit baru RM2.00..murah kan? hehe..
5. pukul 12.30 aku naik bas balik rumah aku kat arau...

kat rumah, aku dah blur..xtau nak buat ape dah..dah semua xde..sunyi je rumah..huhu..ape lagi..tido la aku..haha..

petang lak "kait" buah rambutan yang last2..dah habis musim dah pon ...hehe..leh lagi la makan..

aktiviti aku di rumah :

pagi :- sapu sampah, basuh pinggan, mandi
tghri :- masak
ptg :- borak dengan mak or tgk tv
malam : - borak dengan adik2, tgk movie dalam laptop and tido awl (pukul 10pm)

jumaat, adik aku yang sekolah di langkawi tu balik, and kak aku yang keja kat AS pon balik..dan adik aku yang belajar di poli kulim pon balik...cuti..so, meriah la umah aku..hehe..
malam tu saja, mmg bingit telinga aku dengar masing2 nak cerita..aduh..mak aku gelakkan je...

8 ogos 2009 (sabtu)

asalnya, aku ada plan nak jumpa kawan hari sabtu, tapi kawan aku xjadi nak jumpa, ada hal katanya, so apa lagi..aku bagi plan lain la..hehe...picnic at GUA KELAM, perlis...

before bertolak, mestila kena masak,,hehe..nama pon picnic kan...

menu picnic :

1. ayam pencen masak kicap
2. gulai udang rebung
3. ayam goreng tepung
4. kentang goreng
5. acar timun nenas

sape je yang join?

1.mak - latipah
2.kak 2 - ikin
3. aku - aine
4. adik 1 - tikah
5. adik 2 - yana
6. adik 3 - pipah
7. adik 4 - ameer
8. pakwe tikah - syah
9. kawan pakwe tikah - xtau nama..hehe

bawah ni ada ckit gambar yang aku tangkap kat dalam gua kelam...kami masuk free sbb ketua yang jaga kat gua kelam tu sepupu mak...hehe...jgn jeles ya...

bayaran masuk :

dewasa : rm1.00
kanak2 : rm0.50

kalau sape2 yang teringin naik keretapi masuk gua :

rm5.00 sekepala

di luar and dalam gua ni ada air terjun..dia macam sungai..tapi air bukit..beh tau..hehe..aku xleh letak gambar mandi...bahaya..haha..



bergambar bersama ikin, tikah, pipah, syah, n kwn syah

aku keluar, adik aku yana masuk..hehe


ni dengan adik aku, ameer...ameer n mak dalam gua...

balik dari picnic dalam pukul 4 lbh..huhu..beh giler..hehe

...Week 4 UMP...the end of julai 09

oke kawan2...dalam entry ni aku nak cerita pasal menu masakan aku di dalam bilik sepanjang aku bulan JULAI (* yang sempat aku tangkap gambar la..hehe..)



Tempe masak lada

Bahan-Bahan:

Tempe
Bawang putih
Bawang merah
Cili Padi
Sos
Gula
Garam
Serbuk Lada
minyak masak

Cara2 membuatnya :

1. Goreng tempe dulu. agak2 dah boleh makan tu angkat la.
2. then tumis bawang merah, bawang putih and cili padi
3. bila dah bau harum semerbak satu bilik, masukkan serbuk lada yang telah dibancuh dengan air (bagi likat)
4. tunggu sampai lada naik minyak
5. then, masukkan sos ckit, garam, gula.
6. pastu masukkan tempe yang dh digoreng tadi, gaul sampai rata

Nasi Goreng Cincai

Bahan-Bahan:

Nasi putih
Bawang putih
Bawang merah
Cili kering
Kicap
Telur
Garam
Serbuk Lada Hitam
Kacang buncis
minyak masak

Cara2 membuatnya :

1.Tumis bawang merah, bawang putih bersama cili kering
2. bila dah bau harum, masukkan telur dan kacang buncis yang telah dipotong kecik2..
3.masukkan serbuk lada hitam dan gaul bagi rata
4. masukkan nasi dan gaul sampai sebati
5. pastu masukkan kicap, dan garam.pada sesiapa yang suka makan manis, boleh la letak gula sikit
6. pastu boleh la hidang untuk dimakan dengan kenyangnya...


Telur dadar gulung dan kailan kicap

Bahan-Bahan:

Telur
Sayur kailan
ikan bilis
Bawang putih
Bawang merah
Cili Padi
Garam
Kacang buncis
kicap
minyak masak

Cara2 membuatnya :

1. pecahkan telur dan kacau bersama dengan garam dan kacang buncis yang dah dipotong kecil serta masukkan cili padi.
2. then goreng sambil gulungkan telur dadar tersebut.
3. gunakan minyak goreng telur tu untuk menumis bawang merah, bawang putih dan cili padi
4. tunggu sampai naik bau, then masukkan kailan yang dah dipotong
5. then, masukkan kicap dan air sikit
6. masukkan ikan bilis dan garam.
7. tunggu sampai masak, dan boleh la dihidangkan


okey..itu sahaja lah menu masakan yang dapat saya syer kan..hehe...cuba lah buat di dalam bilik anda..hehe

and xlupa juga,

saya nak wish HEPY BUFDAY AYAH!!!...dah 52 tahun dah die.bufday dia 30 JULAI 2009...semoga ayah panjang umur dan dimurahkan rezeki..amin...

and minggu ni jugak aku pergi JB berjumpa dengan tunangku..hehe...miss him so much...

...Week 3 UMP...

Lepas je citer pasal birthday, kita sambung pulak pasal kehidupan di UMP.

korang tau tak, sepanjang di UMP, bulan julai je banyak kes yang ade,
terutamanya H1N1 yang memang giat bekerja melepaskan virusnya yang boleh bawak maut tu..haish....tensen gak aku bila dapat tau sume gara2 penyakit yg begitu horror tu..memang ramai student UMP yang demam panas, selsema, batuk (termasuk aku)...and tu semua tanda2 virus ni la...tapi alhamdulillah, UMP masih bebas dengan wabak tersebut...

kes yang ke2 pulak pasal penempatan student boys yang xdapat lagi tempat tinggal. terpaksa merempat and tumpang rumah kawan2 yang ada.

kes ke3 pulak pasal PTPTN...hehe...hairan aku, budak2 yang lambat masuk UMP akan dapat lambat duit PT mereka..maybe ade kaitan dengan sikap ex2 student yang pinjam xreti2 nak bayar balik kot...aduih...sian pihak PTPTN kan..

yang sebenarnya, aku dah xingat apa yang aku buat masa week 3 bulan julai ni..huhu..sebab dah tua..kihkihkih....actually aku xada buat apa2 yang menarik dalam week ni, so aku xberapa nak ingat sangat la...yang aku ingat, aku pergi kuantan as drebar untuk pergi baiki laptop rumate nik, ita...itu sahaja lah cerita aku untuk minggu ni...

sekian...bersambung di minggu ke4 dengan cerita menu masakan aku sepanjang berada di UMP setakat ini...hehe...chek it out...