message to readers

About Me

My photo
aku?? aku ni biasa je..simple n happy go lucky..kdg2 tu emo ckit kalo de hal yg boleh btkan aku serbut..kih3..jgn mrh ek pd sape2 yg aku penh tinggikan suara aku..soey k..jgn bw smp mati tau.. bermaaf-maafan lah sesama kita ek..hehe..

My Blog List

Nuffnang

Powered by Blogger.

...Visitor Counter...

Islamic Calendar

rank

10.30.2009

...Serabut...

Saya kadang-kadang tidak paham la lelaki ni.
sekejap ok..sekejap tak ok.
kadang2 bila saya tak kacau, mula la cakap kita xingat dia.
bila kacau, cakap kita serabutkan pikiran dia.
bila kacau, cakapla kita ganggu dia.
padahal, dalam sehari mana ada kacau sangat.

betulkah tindakan saya?
ganggu bila saya busan tanpa pikir dia buat apa.
ganggu bila dia tengah makan.
ganggu bila dia tengah berborak.
ganggu bila dia buat kerja.
ganggu bila dia bertungkus lumus buat OT untuk kumpul duit.
ganggu bila dia nak rehat.

habis tu,
bila masa yang saya boleh ganggu dia?
5 minute before tido?
macam tu ke?
perlu ke saya makan hati?
hati ayam boleh la saya makan,
tapi hati sendiri?
tergamak ke?
seksa diri namanya tu.

saya pon xtau nak buat apa lagi.
nangis? 
hanya boleh mengadu kat best fren saya
tapi apa yang boleh dia buat?
hanya nasihat boleh diberi.

terimakah aku dengan nasihat beliau?
terima,
tetapi agak susah untuk buat.
tapi saya akan berusaha untuk buat.
walaupun makan hati sendiri.
saya rela demi menjaga perhubungan yang berdarah manis ini.

terpaksakah saya?
Tak.
saya xpaksa diri,
but itulah yang terbaik untuk kami.

harap lepas ni keserabutan di dalam kehidupan dia hilang.


~love u alwayz Hadi~ 

...Maafkan diriku....


Salam


Hari ini, entah kenapa saya terasa untuk meminta maaf kepada sesiapa yang pernah saya kenal selama 22 tahun hidup di dunia yang penuh dugaan ini ...cewah...ayat mau skema kan..:P


erm..sebenarnya..saya ni jenis mulut lepas..semua yang kenal saya tau kan?


dah paham sangat sikap saya yang macam $#^&**.....


di kesempatan ini...sebelum Tuhan menyabut nyawa saya...


"Saya ingin memohon maaf, memohon keampunan di atas segala kata-kata yang pernah saya lepaskan kepada sesiapa saja yang pernah saya kenal....
kepada mahluk2 Allah yang pernah saya 'termengumpat'....
kepada makhluk Allah yang pernah saya marah...
kepada makhluk Allah yang pernah saya tegur dengan nada yang kurang selesa..
dan kepada sesiapa yang terasa hati dengan saya sejak dari kenal diri saya ini..."


Saya mengharapkan kemaafan dari anda...
Saya ingin berubah..
Berilah peluang kepada saya untuk merubah diri saya yang sangat susah untuk berubah...
Diharapkan suatu hari nanti segala dendam, marah, kecil hati anda kepada saya akan hilang dan lenyap selama2nya...


~ Friend Forever~

10.27.2009

...Kami bukan kawan kamu..?

Salam kawan2 ku yang disayangi...

hari ni saya dapat berita yang sangat mengejutkan dan boleh menyebabkan kekecikan hati berlaku....

ntahla apa salah kami..

tapi terasa macam ......(nthla..xdapat di describe)

kawan2 ku yang lain...

jika kamu sekalian adalah seorang yang menghargai persahabatan tidak kiralah rapat atau tidak....

tolanglah beritahu or umumkan yang anda ingin bertunang or ingin mendirikan rumah tangga...

or pape yang boleh mengembirakan semua sahabat2 anda ini....

ketahui lah..merekalah adalah golongan yang sentiasa menunggu berita gembira tersebut....

sedihnya hati jika sahabat diketepikan untuk sama2 meraikan kegembiraan itu....

sangat sedih....

hargailah kawan kita...kawan adalah salah satu tempat untuk kita berkongsi kegembiraan tersebut...

maka rugilah barang sesiapa yang tidak berkongsi kegembiraan yang bakal hadir dalam hidupnya...
(ni saya punya ayat k...jgn cari plak mane2 fatwa..huhu...)

to Surida:

Tahniah kerana sudah bertunang..semoga kekal abadi sampai akhir hayat....nnt kenduri jgn lupa jemput..

10.26.2009

...Dugaan yang diberikan olehNya...

DUgaan Allah...

Bersabarkah kita dengan ujian dariNya selama ini?

Sedih, kecewa, gembira, dan macam2 jenis perasaan yang akan timbul bila ujian dan hikmah dariNya diberikan kepada kita...

percaya pada hikmah ujian Allah satu ubat untuk kita menghilangkan rasa kecewa,mahupun sedih...

percayalah bahawa ujian dariNya akan membawa kebaikan kepada kehidupan kita yang akan datang...

percayalah bahawa ujian itu satu titik permulaan kehidupan yang bermakna bagi diri kita, kehidupan kita...

percayalah bahawa ujian itu adalah amaran untuk perkara salah yang pernah kita buat di muka bumi ini..

hadapilah ujian dan dugaan Allah dengan hati yang tenang dan berfikaran positif..

InsyaAllah, suatu hari nanti kehidupan kita akan terjamin dan bahagia dengan keredhaanNya...

Redha lah dengan ketentuanNya...

Ada Hikmah di sebalik kejadian yang terjadi..

Kita merancang, Allah yang tentukan...itulah ayat yang kita pegang sampai bila2...

Percayalah..Allah menyayangi semua umatNya...

Allah mahukan umatNya mendapat kehidupan yang terbaik di muka Bumi ini...

Saya redha...

Saya harus tabah..

Percayalah, ada hikmahnya di sebalik kejadian..

Semoga niat saya yang suci ini akan di permudahkan olehNya...

Ya Allah, bantulah hambaMu...

Semoga ada hikmah disebalik perkara yang berlaku pada diriku....

Semoga saya mendapat apa yang dihajatkan sementara diriku masih berada dimuka bumi ini...

Ya Tuhan, hambaMu ini sangat2 mengharapkan belas kasihan dariMu...

Semoga apa yang di impikan akan menjadi kenyataan...

Amin Ya RabbalA'lamin...

10.11.2009

..Sakitnya kepala !!!!!....



Nak buat kat mana ni majlis kenduri kahwin aku.....??????


Aduh.Sakitnya kepala saya....


Perlis? Kulim? Jitra?


Perlukah ikutkan hati rajuk seorang ayah?


Atau..


Aku yang kena korbankan wang untuk menjaga hati beliau semata2 ?


Aduh, sakit kepalaku !!!!!


Susah jugak kalau ada banyak rumah ni..haish!!!!!


Hatiku sedang gelisah memikirkan masalah yang melanda....




10.08.2009

...Bodohnya diriku...


di atas kebodohan sendiri, hati sakit di perli bertalu-talu...

hati dan emosi tidak dapat menanggung lagi tohmahan tersebut

hanya air mata yang telah sedia ada mengalir laju sehingga diulit mimpi yang sepi

otak semakin serabut dan fokus terganggu dek tohmahan tersebut

terasa kerdil diri ini setelah diperkata sedemikian rupa

salah diri ini ?

ya!!! memang, salah diri, salah sikap diri ini

apa jua tohmahan yang dilemparkan, hati ku tetap sunyi tanpa dia

tiada tempat untuk mengadu, bercerita

hatiku kini tidak tenang setelah memperlakukan dia sedemikian rupa

bukan salah dia, tohmahan yang dilemparkan hanya untuk mengubah diri dan sikap burukku selama ini

tetapi masa tidak mengizinkan diriku merubah keseluruhan sikap yang diminta selama ini

bagi diriku cukuplah hanya sekadar diriku belajar sesuatu dari tidak belajar lansung

bagiku, itulah perubahan yang paling baik untukku

dan kamu, terima kasih atas tunjuk ajar pada insan bodoh macam diriku ini

terima kasih..kamulah sahabat ku dunia akhirat





10.05.2009

Salah kah kahwin Awal?

Jodoh itu ditentukan Tuhan. Kita merancang, Tuhan yang tentukan qada' dan qadarnya.

Salahkah jika kita membuat keputusan untuk kahwin awal?
Muda sangatkah aku untuk membuat keputusan berkahwin?

di sini saya selitkan pendapat orang tentang kahwin muda:

1. "Bg i tak berapa ok la!!! pasal pemikiran mereka dan persediaan mental mereka untuk mendirikan rumah tangga masih rendah dan kebanyakan telah dipengaruhi oleh cerita-cerita dalam drama.."

2. "kahwin mude nie best...tapi yang x best pn de gak..hehe bese la darah laki bini pns lg...slp ckit gduh...anyway it's good 2 elak maksiat & pencegah makksiat"

3. "kawen muda ni fikiran kena matang.jgn terlalu ikutkan ego remaja yg asyik nak menang. saling memahami tu penting.for me, kalau semuanya ok termasuklah ekonomi keluarga, lg bagus kalau kawen muda. kawen2 ni elok dicepat2kan..takut makin byk dosa pulak terbuat"

4. "sy bru je msuk 21 tahun,hsbnd sy 23..xda mslah pun..gaduh2 skit besa la 2 kan..dah da cute baby pn yg msh bru 2 bln umo..best pa..da fmly sndr..just kna pndai2 ato semua hal la..bahagi2 masa btwen work n family..^^"

5. "tak rugi kawen muda nie.lagi best.haha.sebab...
banyak pengalaman kita akan dapat
kalau ditakdirkan jodoh tak berpanjangan,jangan bersedih
sebab
sekurang2nya kita dah rasa nikmat alam perkahwinan
kan?
i think...
ok la tue
huhu
ok la pernah kahwin dari tak kahwin langsung kan?
haha "

6. "em law kawen muda tapi takdek tanggungjawab pada keluarga cam study, no hal r..yang lelaki keluar awal pagi n balik tengah malam semater2 nak cari rezeki tuk family n yang pompuan plak duk umah jager keluarga..law cmtuelah situasinyer tak kisah r coz takdek tanggungjawab yang laen nk dipegang,juz fikir sal family yang baharu sahaja dibina tue...
tapi law memasing still ader tanggungjawab such as still study n need to help their family, baek lupekan jek r...fokus dulu pader per yang kat depan mater...jangan r nak menyusahkan diri semater2 nk kejar kawen muda, konon nk lari daripada maksiat..maksiat tue tak kan jadi law diri sendiri pandai tuk control...so tepuk dada tanyan iman jek lah... bebudak zaman sekarang juz nk kejar kawen muda hanya disebabkan rasa nk bersama ngan owg yang kononye disayang, tanpa memikirkan faktor2 laen...nt lelamer masjid yang dibina akan menampakkan goyanhnyer...so fikir2 kanlah..."

>> Masing2 ada pemikiran tersendiri. Bagi kamu? Saya setuju je mana2 pendapat. Semuanya betul, but saya punya pendapat serupa dengan pendapat number 5.Lain person, lain pendapat.

Saya ingin kahwin awal. Tau mengapa? Untuk elak dosa yang xtertanggung dek bahu ini dan untuk merasa alam rumah tangga.

Adakah saya akan bahagia? Atau sebaliknya? Dalam hati ini, hanya Tuhan saja yang tau betapa takutnya saya untuk menghadapi alam rumahtangga yang bakal menjelma.

Kita pon xtau future rumahtangga kita macam mana kan? So, apa salahnya kita mencuba. Setelah mencuba, dan alami sendiri, barulah kita akan tau asam garam berumahtangga dan memperoleh pengalaman serta kenangan untuk diabadikan.

Jika pandai kita menjaga rumahtangga kita, maka bahagialah kita, dan jika sebaliknya, maka runtuhlah rumahtangga tersebut.

Apa yang saya harapkan hanyalah kebahagiaan hidup yang kekal selamanya.

Semoga Allah berkati keputusan saya dan abang.
Semoga jodoh kami berpanjangan hingga akhir hayat.
Semoga Allah melancarkan perjalanan hidup kami.
Semoga Allah berikan kesabaran atas semua dugaan yang bakal Dia berikan kepada kami.

Tarikh sudah dipilih, hantaran sudah dicari, perancangan sudah ditulis, dan duit sudah mencukupi.
Hanya keputusan muktamad belum dibuat lagi.

Pengumuman pula akan menyusul di kemudian hari.

Kawan-kawanku yang dikasihi sekalian, doakanlah saya bahagia hingga akhirat walau apa jua saya lakukan.
Semoga kamu juga akan bahagia hingga akhirat.

Suprise???

kamu suka suprise??

saya? sangat-sangat tak suka.
Kenapa? ntah la kamu, saya pon xpasti.
Maybe, suprise tu boleh membuatkan hati saya jadi sedih, gembira, dan xmenentu.
Saya tak suka berkeadaan sedemikian rupa.
Adakah saya ni person yang weird?

hm..saya rasa kadang-kadang aje saya jd weird person. hehe.
nobody perfector kan.

dan saya telah dapat suprise dari someone yang betul2 buatkan saya sakit hati. tak sukanya...!!! But hati suka bila dapat berjumpa. hehe.miss him a lot

10.01.2009

...Teknik APA nak guna ni..??

 PSM...3 character yang paling memeningkan kepala semua student akhir..hehe..termasuk lah aku...


PSM aku xsiap lagi ni...


lagi 2 minggu kena hantar draft thesis tapi chapter 4 dan 5 xbuat lagi...


manual sistem, poster, design website, semua xsiap lagi...


dan yang paling aku pening, aku xyakin apa teknik yang aku nak buat dalam masa yang sangat singkat ni..


teknik SMS ? teknik mobile ? teknik HCI? teknik AJAX ? aduh..mana satu yang senang ni..


ini lah akibatnyer..kelas xnak pergi, malas baca buku coding, malas explore...


adik2 ku yang ambil kos software jangan jadik macam akak ye...nanti nyesal xsudah...


ingat tu adik-adik semua !!!


chaiyok chaiyok!!!!