salam kawan2..
sekarang aku tengah bercuti semester..nak masuk semester 7 dah...cepatnyer masa berlalu...
apa yang aku buat masa bercuti?
1) adakan majlis pertunangan aku
2) pergi kenduri kahwin kak sepupu aku
3) pergi langkawi (dengan tujuan nak habiskan lesen memandu kereta dan motor)
bawah ini adalah gambar di pulau langkawi, bosan2 aku ambil la gambar..
apa yang aku buat masa bercuti?
1) adakan majlis pertunangan aku
2) pergi kenduri kahwin kak sepupu aku
3) pergi langkawi (dengan tujuan nak habiskan lesen memandu kereta dan motor)
bawah ini adalah gambar di pulau langkawi, bosan2 aku ambil la gambar..
cuba teka apakah ini? kalau kamu semua nak tau, pagi ini my dad handle private flight untuk TUN DR. MAHATHIR MOHAMMAD, bekas PM kita..Beliau datang langkawi hari ni (7 june 2009 atas urusan apa ntah la...tidak dapat dikenal pasti)
Gambar ni adalah mee goreng mamak..hehe..sedap tau..tau tak dari mana datangnyer? dari flight bekas PM kita la...inilah salah satu makanan yang dihidangkan dalam private flight bekas PM kita...mee goreng mamak + puff rendang ayam + sandwich...untuk sarapan kot..
satu bekas ni boleh syer 3 orang tau, banyak betul kandungan dalam bekas ni..nampak saja kecil, tapi padat..
yang ke2, sampan di pelantar ikan di PENARAK langkawi...time ni dah naik senja..aku, ayah n adik aku pergi pelantar, saja nak usha2 ikan...dari darat nak sampai pelantar ni kena jalan dalam 20 minit tau..
ni diantara ikan yang terdapat di pelantar ikan tu..nampak kecik, tapi besar ikan ni 4 kali tapak tangan kita
ni ikan2 yang ada dalam sangkar..ada yang lebarnya sama ngan lebar badan aku ja..takut aku time ni, mana lah tau kan ikan ni tiba2 nak ngamuk..
ni lah laluan nak pergi pelantar..nun hujung sana adalah pelantarnya...
ni pemandangan matahari terbenam..time ni aku makan2 dengan ayah n adik aku, makan bihun sup and cendol...cedap...
nyum2..dah kenyang time ni..haha...alhamdulillah...
sekian sahaja aktiviti aku untuk 1 minggu aku di langkawi..nanti aku update lagi untuk minggu yang akan datang...mekasih kerana membaca..hehe..
sekian sahaja aktiviti aku untuk 1 minggu aku di langkawi..nanti aku update lagi untuk minggu yang akan datang...mekasih kerana membaca..hehe..
No comments:
Post a Comment