message to readers

About Me

My photo
Seorang yang peramah dan humble. Sound direct person dan jujur. Now2018, dah jadi wife seseorang dan ibu anak 3. Hometailor sambil jaga anak² Stay di shah alam Kg di perlis .Mertua d Johor Friendly dan suka berkawan

My Blog List

Nuffnang

Powered by Blogger.

...Visitor Counter...

Islamic Calendar

rank

6.21.2009

...Selamat Hari Bapa....Selamat Hari ibu...

setiap tahun kita anak2 akan menyambut hari untuk meraikan ayah dan bonda kita..

Ahad - minggu ke2 setiap kali bulan mei --> Hari Ibu
Ahad - minggu ke3 setiap kali bulan june --> Hari Bapa

dedikasi ini adalah untuk ayahku yang tercinta..Omar bin Abdullah.
kini sudah 52 tahun beliau telah berada di muka bumi ini...semoga Allah akan memanjangkan umur ayah dan memurahkan rezeki kita sekeluarga serta mengurniakan kesihatan yang baik untuk meneruskan hidup2 di dunia yang penuh dugaan ini.
maafkan anak2 mu ini seandainya kami ada berbuat hati ayah terguris dan banyak mnyusahkan ayah. InsyaAllah anakmu ini akan membalas segala jasamu yang xternilai itu

xlupa juga untuk ibuku, Latipah binti Omar
beliau kini berusia 51 tahun...terima kasih jua buat mak kerana melahirkan insan ini...

dedikasi buat ayah dan mak yang tercinta...selamat hari ibu & selamat hari bapa...terima kasih kerana membesarkan kami...mak ayah...kami sayang kamu berdua

Ayah ibu ampunilah dosa kami semua
Ayah ibu doakan kami dunia dan akhirat


Dari kecil sehingga dewasa
Kau menyayang dan sering memanja
Menanam iman menyemaikan taqwa
Mengajar kami muliakan agama

Ayah ibu berkorban jiwa berkorban harta

Ayah ibu semoga Allah tinggikan derajatmu

Sebelum nyawa meninggalkan jasad

Sebelum suria terbitnya di barat

Kau amanahkan Al Qur'an dan sunnah
Jadi panduan di akhir zaman

Belaianmu masih terasa
Ya Allah tempatkan mereka di syurga

Kami cintakan Allah
Kami kasihkan rasul
Kami sayangkan Ayah

Kami sayangi Ibu


detik2 yang buatkan aku sebak bila aku teringatkan saatnya aku melukakan hati ayah aku..
masa tu aku masih di matrix kedah..masa tu dah last semester and penghujung pengajian matrik..
lepas je peristiwa yang aku xduga akan membuatkan ayah aku tak bercakap dengan aku hingga berbulan lamanya..dalam jangka masa itu, ayah ku xmenegur aku lansung, hanya buat xendah saja. dia hanya bercakap dengan adik2 and kakak2 ku yang lain saja..sedih sangat aku time tu..tiap2 malam aku nangis, rasa mnyesal sangat2 diatas sikapku yang pentingkan diri sendiri ini..
dan kini, aku masih rasa bersalah dan aku harap aku akan berhati2 bila bercakap dengan ayahku, dan aku nekad, xkan ulangi sikapku yang pernah buatkan hati ayahku sakit lagi..
moga Ayah maafkan aine...aine mnyesal sebab buat ayah kecewa dengan aine...maaf...


dengan mak? aku sebenarnya rapat dengan ayah aku berbanding mak aku, tapi dengan mak aku rapat jugak..
aku berbangga dapat mak mcm mak aku ni..bersabar dengan kerenah anak-anaknya yang banyak kerenah..6 girls n 1 boy..
semua pempuan2 anak mak ni sikap lain2..yang iras2 ada la..tapi semua ada ja kenangan yang boleh menggambarkan sorang2 adik beradik aku...kenangan aku? maybe disebabkan anak yang ke3,mgkin aku ni jenis yang neutral...sikap aku xde la sangat yang nakal..dari kecil, aku berdikari, pergi sekolah tadika jalan kaki dengan kawan2, kalau kawan2 xdak, aku pergi sorang2..hehe..berani kan?
eh, lari topic lak...
kalau kamu orang nak tau, mak aku ni pandai menjahit..semua jenis fesyen boleh, baju kurung moden, xmoden, kebaya xkebaya, baju pengantin, langsir, cadar, sarung bantal, seluar, baju melayu, semualah yang berkaitan dengan jahitan, semua mak aku ni pandai buat..mak lah yang ajar aku menjahit, alhamdulillah, setakat ni aku boleh jahit baju kurung, seluar baju melayu, baju melayu, kalau nak pegu2...aku reti la..tp kalo nak gunting, aku xreti lagi...hehe..xmsuk kelas lgi..nak belajar dengan mak aku? mak aku ni ada bakat semulajadi, yang xperlu pergi kelas dah..hebat kan mak aku? hehe

itu sajalah aku nk cerita tentang mak n ayah aku...aku bangga ada mak ayah...alhamdulillah kerana aku tidak lagi ada gelaran yatim kerana adanya mak n ayah...semoga kalian dipanjangkan umur dan dimurahkn rezeki...Amin...

No comments:

Post a Comment