message to readers

About Me

My photo
Seorang yang peramah dan humble. Sound direct person dan jujur. Now2018, dah jadi wife seseorang dan ibu anak 3. Hometailor sambil jaga anak² Stay di shah alam Kg di perlis .Mertua d Johor Friendly dan suka berkawan

My Blog List

Nuffnang

Powered by Blogger.

...Visitor Counter...

Islamic Calendar

rank

8.31.2009

Buat hal lagi...haish...Sabar je la..

korang tau ape yang buat hal ?

Printer aku la !!!

huhu..tensen aku bila pikirkan balik..dari pukul 1 pm hinggalah pukul 4 pm..aku asyikla baiki printer aku yang dah berusia dekat 2 tahun dah tu...huhu...


mula-mula buat hal kat external ink, cek2 tgk ada kebocoran berlaku di tgh2 tiub external ink black...siap ada bulatan kecik lagi tu...bermain di dalam ink la aku..bukan dalam lumpur..huhu...

pastu pulak, lepas ink oke..tercabut pulak tali gear catridge..aduh..macam mana pulak nak pasang ni..kalau korang nak tahu, ini lah kali pertama aku godek printer..dsbbkan oleh ketensenan yang melampau..huhu...akhirnya, selesai jugak pasang tali gear tu..sbb aku pinjam printer ana as reference aku..haha..printer kami sama...mekasih na...

pastu pulak, dah selesai yang tu, problem dua2 catridge melekat pulak di tempat pemprosesan ink tu..aduh...siap berasap2 lagi * yana as saksi..xcaya tanya yana

bukan berasap je..bunyi yang kuat n getar berlaku dikala itu..huhu..problem ini xdapat disolve kan...aduh...boleh darah tinggi aku kalau hari2 macam ni...

at last, aku give up...aku decide nak pergi hantar kedai my10 je besok...hope xkena mahal sangat..paling2 x pon aku beli je printer baru * sorry ek printer lama..sapa suruh ko wat hal..padan muka..huh

sebab besok kami nak pergi beli barang2 raya...hehe..RAYA LAGI 19 hari lagi...yabedabedu...yippi.. :P

menu berbuka hari ni:

ayam bakar
mee rojak
air carrot susu
total RM 5.50

8.30.2009

Sambutan Kemerdekaan yang ke-52

 
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yg Ke-52
Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!
Semoga Negara KitaBertambah AMAN sentosa...

Sudah seminggu Ramadhan

Today, i berbuka puasa dengan murtabak ayam, ayam bakar, popia, dan jugak air oren. 

semua sekali RM 5.50..haish..

Pernah sekali tu aku beli daging rebus, RM1.00= 5 keping je..(dekut tul toke tu)
Tensen gak dibuatnyer..n pasni i takkan beli dah makanan digerai tersebut...:P

Today jugak, semua adik beradik aku, the whole family aku la ada di rumah, tensen aku bila aku sorang je yang xbalik..rindu rumah pulak rasanya...sob3...

My dad cakap adik aku si ameer tu dapat sport rim basikal baru, and dia pon apa lagi...pergilah tayang ke kawan2 dia...haha..*xpe, budak2..hehe

Tiada lagi persoalan

Hari ini, aku ada satu problem yang sangat confius untuk mendapatkan jawapan..

aku syer dengan tunangku, tapi masih juga ragu2...

aku ambil keputusan untuk bertanyakan pada sesorang yang pakar dan mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang masalah yang aku hadapi...

dan sekarang, aku telah mendapat jawapan yang tepat dan tiada lagi persoalan yang bermain2 di kotak pikiran ku..
terima kasih kerana sudi membantu ku untuk terus menjalani kehidupan ku sehari2an..terima kasih xterhingga di atas nasihat2 yang telah diberi...moga perubahan ini akan menjadikan diriku lebih baik dan lebih sempurna hendaknya...

amin ya rabbal a'lamin...



8.26.2009

Bulan Ramadhan yang mulia

RAMADHAN


8 amalan menyambut ramadhan :

Pertama: Menyediakan waktu untuk muhasabah diri.

Kedua: Memperbanyak istighfar dan taubat.

Ketiga: Melatih diri dan anak-anak dengan ibadah romadhan di bulan sya’ban.

Keempat: Memperbaiki hubungan dengan saudara dan keluarga.

Kelima: Menjalin silaturrahim dengan tetangga.

Keenam: Mempersiapkan bekal keperluan selama bulan ramadhan.

Ketujuh: Menghiasi rumah dengan ayat-ayat dan hadist-hadist berkenaaan dengan keutamaan puasa dan ucapan-ucapan menyambut ramadhan.

Kedelapan: Menambah ilmu dengan membaca buku-buku berkenaan dengan ramadhan.


AMALAN DI BULAN RAMADHAN

1. Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau Selamat menyambut Ramadhan.

2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk hari-hari.

3. Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.

4. Solat Tarawikh 20 rakaat.

5. Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.

6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dikejutkan bangun tepat jam 4.00 pagi.

7. Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (Solat Tahjud, Solat Taubat dan Solat Hajat)

8. Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur.

9. Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur.

10.Jangan tidur sesudah sahur.

11.Solat Subuh berjemaah di Masjid.

12.Tadarus pendek.

13.Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.

14.Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.

15.Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha.

16.Lakukan Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat pertama selepas Fatihah baca Surah Al Kautsar 7 kali dan rakaat kedua selepas Fatihah baca Surah Ikhlas 7 kali.

17.Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti jaga satu jam diwaktu sahur)

18.Solat Zuhur berjemaah.

19.Tadarus pendek.

20.Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang.

21.Solat Asar berjemaah di Masjid.

22.Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV yang melibatkan kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu amat mustajab.

23. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api atau dengan buah kurma atau buah tempatan.

24.Segera Solat Maghrib di Masjid.

25.Makan malam bersama keluarga.

26.Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh secara berjemaah.

KELEBIHAN-KELEBIHAN YANG LAIN

1. Menghadiri majlis ilmu setiap langkah di beri pahala ibadah sunah setahun.

2. Mengekali berjemaah diberi balasan dengan disediakan sebuah bandar khas di Syurga.

3. Membuat hubungan baik kepda kedua ibu bapa, Allah pandang dengan penuh kasih sayang.

4. Isteri taat kepada suami diberi pahala seperti pahala Asiah dan Mariam.

5. Sesiapa yang menyampaikan hajat saudaranya disampaikan 1000 hajatnya di akhirat.

Mengurangkan berat badan di dalam menjalani ibadah Ramadhan

1. Sebelum puasa timbang badan

2. Kawal berbuka puasa

3. Pastikan semakin lama menunaikan ibadah puasa akan semakin kurang berat badan

4. Elakan daripada makan berlebihan

RANCANG PENINGKATAN IBADAH RAMADHAN


1. Sepuluh hari yang pertama adakan muhasabah amalan.

2. Sepuluh hari yang kedua, pastikan keimanan bertambah kuat dan selaraskan dengan sempena Nuzul Quran.

3. Sepuluh hari yang ketiga kuatkan azam untuk beramal di malam Al Qadr :

i. Dengan melakukan Solat Maghrib,Isyak dan Tarawikh berjemaah.

ii. Atau ditambah dengan Solat Subuh berjemaah

iii. Duduk dengan air sembahyang dan baca Al-Quran, Ayat Kursi, Surah Al Baqarah terakhir (Amanarrasul), Surah Az-zalzalah, Suraah Al Kafirun, Surah al Ikhlas dan Surah Yasin.

iv. Bagi kaum ibu yang uzur, baca zikir.

v. Bangun pukul 1.00 pagi tunaikan Solat Sunat Wuduk, Solat Hajat, Solat Tasbih, Solat Taubat, Solat Istikarah.

vi. Jika sedang beramal, badan terasa sejuk dan terharu maka inilah tanda-tanda mendapat Lailatul Qadar.


SELAMAT TINGGAL RAMADHAN


i. Pastikan Tarawikh terakhir

ii. Ucapkan Selamat Tinggal Ramadhan dengan penuh terharu dan berdoa semoga dipertemukan sekali lagi dengan Ramadhan yang akan datang.